Sunday 27 November 2016

AKTIVITI MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Aktiviti Best Jelajah Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dalam entri yang lepas aku ada bercerita tentang percutian menarik di Cameron Highlands. Memang sangat best dan menarik sampai sekarang aku rasa nak pergi lagi ke Strawberry Park Resort di Cameron Highlands tu. Asyik terbayang keindahan panorama kat situ dan juga makanan-makanan sedap dan lazat yang disediakan. Tapi aku tak nak cerita tentang makanan sedap di Strawberry Park Resort sebab perut aku pun tengah kenyang lagi, takut muak pulak tengok gambar makanan.
Kali ni aku nak berkongsi pengalaman menarik dengan korang tentang aktiviti best yang aku dan beberapa orang rakan dari Team Denaihati buat semasa bercuti di Cameron Highlands. Terima kasih kepada Strawberry Park Resort dan uncle van persiaran kerana bawa kami jalan-jalan dan pusing-pusing sekitar Tanah Tinggi Cameron.

 

Melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas

Sejak daripada kecik lagi sebenarnya aku teringin sangat pergi Cameron Highlands tengok ladang teh kat situ. Biasa tengok dalam TV je. Untunglah dapat join Team Denaihati pergi jalan-jalan di Cameron Highlands, akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki di Ladang Teh BOH. Pemandangan ladang teh seluas 8,000 ekar ni memang cantik!
Di Ladang Teh BOH atau BOH Tea Plantation ni korang perlu menaiki kenderaan ringan menyusuri jalannya yang kecil, sempit dan penuh dengan selekoh. Ada beberapa selekoh yang bahaya sikit sebab terlindung dengan bukit. Bila tiba di selekoh tu perlulah membunyikan hon lebih kurang sebanyak 2 kali sebagai isyarat supaya tak bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.



Kilang Memproses Teh (BOH Tea Plantation Centre)

Di kilang memproses teh BOH ni kita boleh tengok bagaimana mesin dan pekerja-pekerja
nya memproses teh BOH yang kita selalu minum tu. Ada beberapa peringkat dan bahagian yang perlu dilakukan dalam memproses teh BOH ni sebelum boleh dibungkus dan dijual kepada orang ramai. Mesin yang digunakan pun nampak canggih. Masuk melawat kilang teh BOH ni adalah PERCUMA.


Lebah Raksasa di Honey Bee Farm, Cameron Highlands

Haa.. Kan aku dah cakap ada lebah raksasa di Honey Bee Farm ni. Besar kan? Hehe.. Honey Bee Farm ni merupakan tempat ternakan lebah. Masa kami datang situ lebah-lebah semua tak banyak yang keluar. Tidur dalam kotak tu kot. Di Honey Bee Farm juga terdapat kedai yang menjual produk-produk madu lebah asli. Ada banyak produk-produk berasaskan madu lebah dijual di sini. Boleh pilih dan beli produk mana yang berkenan. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai dan juga kad kredit.

Butterfly Garden di Cameron Highlands

Lepas dah pergi tengok lebah di Honey Bee Farm, kami dibawa pula ke Butterfly Garden atau Taman Rama-Rama. Aku suka rama-rama! Nak masuk dalam tengok rama-rama dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Strawberry Sedap di Raju’s Hill Strawberry Farm

Sedapnya buah strawberry di Raju’s Hill Strawberry Farm. Pada mulanya kami nak beli bawa balik ke bilik di Strawberry Park Resort sebelum bawa pulang ke Bangi. Tapi atas saranan Raju sendiri, kami beli pada keesokan harinya sebelum balik ke Bangi supaya buah strawberry tu fresh lagi bila sampai Bangi.



SYARIKAT PELANCONGAN

TJ Nur Travel & Tours Sdn Bhd(KPL5458)
No:68A, Persiaran Camellia 3,
Bandar Baru Juta Villa,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands

Tel: 054913811, 0139393757, 0129108111
Email: tj_nur@yahoo.com
Skype: TJ_Nur

Wednesday 16 November 2016

Tempat makan best di Cameron Highlands

Bagi yang mencari hidangan makan yang sedap ,murah dan berpatutan harganya silalah ke restoran atau kedai makan Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam.
Bukan tomyam yang ader kat sini makanan western food  pon ada kat sini! Eat!eat!
Jadi bagi sesape yang inginkan makan malam yang panas dan menyelerakan, pastikan anda ke Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam, Brinchang, Cameron Highland.
Lokasi: Belakang Hotel Green Garden, Brinchang

Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam Brinchang Cameron Highland
Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam Brinchang Cameron Highland
Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam, Brinchang, Cameron Highland
Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam, Brinchang, Cameron HighlandSebenarnya terdapat juga kedai-kedai dan gerai-gerai makan lain di Cameron HIghland macam kt Ringlet dan Tanah Rata tetapi yang satu ni aku rasakan agak ‘happening’ sikit berbanding dengan lain-lain gerai.
Tapi kalau anda nak cari yang first class restaurant memang tempatnya kat hotel lah macam kat hotel Ye Old Smoke House, Cameron Highlands Resort, Heritage Hotel dan macam-macam lagi.
Yang best: makan kat sini memang best sebab makanan yang panas dimakan dalam suasana malam yang dingin. Kalau minum air panas memang berasap mulut dibuatnya. Bukannya berasap sebab terlalu panas tapi sebab air panas yang jadi wap tu berlawan dengan udara yang dingin kat Cameron ni.
Tips cari makan : Malam tu aku pusing-pusing sekitar Brinchang dengan Tanah Rata jalan-jalan cari makan gitu, tapi kebanyakan kedai dan gerai makan dah mula siap-siap nak tutup jam 8 lebih kat sini. Alhamdulillah terjumpa denga kedai Pak Nik ni yang buka sampai larut malam. Jadi sesiapa yang keluar lambat gerai-gerai dah tutup , datanglah ke sini gerai Pak Nik!

 

2.Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highland
Disini terdapat pelbagai jenis masakan anda boleh cuba. Semuanya bergantung pada selera anda.

Naimah Restoran 1 Malaysia

Tempat ini dikatakan menjadi pilihan ramai untuk sarapan.Banyak anda boleh cuba disini. Servispun dikatakan cepat.



3.Al Raudhah Arabian Food

 Jika anda mencari nasi arab di Tanah Tinggi ini, Al Raudhah Arabian Food mungkin sesuai dengan selera anda. Restoran ini terkenal dengan masakan masakan Kabsahnya. Boleh dikatakan tempat makanan untuk masakan arab yang sedap di Cameron Highland.

Alamat restoran ini adalah Lot 11A, Ground Floor (Marigold Square), Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Tempat Menarik di Cameron Highlands

  1. Ladang Teh Boh
  2. tag
    Kalau berkunjung ke Cameron Highland jangan lupa singgah di Ladang Teh Boh. Degan suasana yang damai ditambah dengan kehijauan Ladang Teh Boh Cameron Highland ia menjadi sebagai tarikan utama para pelancong. Tidak hairanlah Ladang Teh Boh menjadi satu tarikan dan dimasukkan ke dalam senarai tempat menarik di Cameron Highlands untuk dilawati.
  3. Taman Rama-Rama
  4. tag
    Taman rama-rama atau butterfly garden ini terletak di Kea Farm, terletak di sepanjang jalan utama 3km selepas bandar Brinchang atau 5km dari Tanah Rata ( di hujung jalan dari Copthorne Hotel). Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Selain rama-rama ada juga beberapa binatang eksotik lain untuk tontonan umum seperti kala jengking, cicak, serangga kumbang dan juga ular.. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM2.
    Baca Juga : Tips Melancong ke Cameron Highlands
  5. Cactus Valley
  6. tag
    Cactus Valley merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terbesar dan paling popular di Cameron Highlands. Ada juga pokok kaktus di sini dikatakan mencecah usia sehingga enam puluh tahun. Selain pokon-pohon kaktus di sini juga ada beberapa spesis pokok lain seperti pokok buah epal, pokok bunga dan sebagainya. Barang-barang ini ditanam di sini juga untuk dijual kepada pelancong-pelancong yang datang. Dibuka setiap hari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
  7. Big Red Strawberry Farm
  8. tag
    Cameron Highlands adalah pusat pengeluaran strawberi di Malaysia. Destinasi percutian yang menarik di Tanah Rata ini hanya terletak bersebelahan dengan Cactus Valley. Ladang ini menempatkan deretan barisan pokok-pokok buah strawberi yang sangat menarik terutamanya ketika musim berbuah. Suasana di sini juga memang sangat nyaman dan kebersihan landskap ladang ini juga dijaga dengan baik sekali. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.30 am sehinggalah ke 4.30 pm.
    Selain membeli buah strawberi yang sudah tentu sangat segar, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik buah merah yang cantik ini pada bayaran yang berpatutan.
  9. Taman Bunga Lavender
  10. tag
    Satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang agak baru iaitu Taman Bunga Lavender. Bagi yang nak photoshot di kelilingi bunga-bunga yang cantik berwarna warni, bolehlah datang ke sini. Taman Bunga Lavender ini yang terletak terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap dibuka untuk lawatan pelancong secara rasminya sekitar 2013 dan suasana taman ini memang sangat cantik dengan barisan-barisan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Pengunjung dikenakan harga tiket sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
    Baca Juga : Tips Melancong ke Cameron Highlands
    Suasana yang sangat romantik menjadikan Taman Bunga Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highlands. Di sini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Dibuka pada hari biasa dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam.
  11. Kea Farm di Brinchang
  12. tag
    Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah jika ke Cameron Highlands. Ini kerana pelbagai jenis barangan dijual disini dengan harga yang berpatutan. Destinasi ini merupakan pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan seperti strawberi/jagung/oren, sayur mayur, barangan cenderahati, makanan ringan dan sebagainya.. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis bunga segar dijual disini.
  13. Pasar Malam Brinchang
  14. tag
    Satu lagi tempat yang menarik di Cameron Highlands untuk dilawati ialah Pasar Malam di pekan Brinchang. Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highlands. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Pasar malam ni dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula lewat petang sampailah ke malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya.
  15. Ladang Lebah Ee Feng Gu
  16. tag
    Hanya lima kilometer dari pusat bandar, Ladang Lebah Ee Feng Gu merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Ladang ini merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu. Penjaga lebah disini juga terlatih dan sangat berpengetahuan tentang madu dan penyimpanan lebah. Pelancong sentiasa dialu-alukan ke tempat ini dan setiap penjaga lebah akan sentiasa memberikan anda satu atau dua tip jika anda berminat dengan lebah.
    Masuk ke sini pun percuma dan mungkin satu destinasi yang ideal untuk kanak-kanak untuk lebih mengenali haiwan kecil ini yang sering menjadi watak penting dalam animasi kartun di kaca TV. Pastikan untuk melawat salah satu tarikan Pahang terkenal apabila anda berada di Cameron Highlands. Ia menyediakan maklumat yang menarik mengenai lebah dan landskap memuji yang indah.
  17. Taman AgroTek Mardi
  18. tag
    Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Di dalam Taman Mardi yang seluas lebih 40 hektar ini terdapat beberapa tarikan utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon-pohon bunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar. Dikenakan cas bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak.
  19. Rose Centre
  20. tag
    Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
  21. Muzium Time Tunnel
  22. tag
    Dibina untuk mengekalkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highlands sendiri. Destinasi ini hanya terletak di Brinchang dan lokasi muzium ini juga berada di aras bawah di dalam Ladang Strawberi Kok Lim. Muzium ni sebenarnya memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang peduduk setempat di Cameron. Beliau seorang yang suka akan benda-benda yang antik atau barangan yang berusia. Makin lama usia sesuatu koleksi barangan maka makin berharga nilainya.
    Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala. Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
    Anda dicadangkan untuk melawat sendiri muzium ini sekiranya anda ingin lebih tahu sejarah tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highlands.
      KEISTIMEWAAN CAMERON HIGHLAND
     
    Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberiTumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
    Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
    Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

     PENGENALAN CAMERON HIGHLAND

    Dalam tahun 1885, seorang Jurukur Kerajaan, William Cameron telah menjalankan satu ekspedisi di kawasan Banjaran Titiwangsa dan telah melaporkan bahawa beliau telah menemui satu daratan tinggi yang bercerun. Gunung-gunung yang melindungi dataran ini kelihatan rendah jika diukur daripada paras ketinggian dataran yang dijangkakan iaitu ketinggian antara 1372.5 meter [4500 kaki] hingga 1403 meter [4600 kaki] dari aras laut. Walaubagaimanapun, beliau tidak mencatatkan di dalam pelan kedudukan sebenar dataran tinggi tersebut tetapi arah laluan ekpedisi beliau menghala ke hulu Sungai Raja yang bersebelahan dengan Negeri Perak. Dalam peta-peta selanjutnya, dataran tinggi ini dicatatkan pada kedudukan yang berlainan. Hakikat ini jelas menunjukkan kerja-kerja dan catatan yang beliau hasilkan hanyalah merupakan satu jangkaan sahaja. Sungguhpun pada ketika itu beliau tidak dapat memastikan kedudukan tanah dataran tinggi yang dimaksudkan itu dengan tepat, tetapi adalah diakui bahawa beliaulah orang yang pertama menyerlahkan kawasan ini dalam sejarah. Selanjutnya beliau telah mengadakan satu ekspedisi penjelajahan di kawasan ini mulai bulan Februari 1885 dan berakhir pada 1 September pada tahun yang sama.  Dengan itu, kawasan tanah tinggi ini dinamakan sebagai Tanah Tinggi Cameron atau CAMERON HIGHLANDS bagi mengenang jasa dan kerja-kerja penerokaan oleh William Cameron dan pasukan ekspedisinya. Pada asalnya, Nama "Hill Station" buat pertama kali telah disebut dalam satu minit mesyuarat oleh Residen Negeri Perak pada tahun 1888. Beliau telah memberikan pandangan mungkin sebuah sanatorium boleh didapati di Cameron Highlands di mana tempat-tempat peranginan, rumah-rumah istirehat, taman-taman dan kawasan-kawasan pertanian boleh diusahakan. Dalam tahun 1886 anggaran peruntukan wang sebanyak RM 20,000.00 telah diberikan untuk membaiki dan memanjangkan lagi sebuah lorong sempit menghala ke Cameron Highlands. Seterusnya pada tahun 1902 peruntukan telah diberikan untuk memanjangkan lagi jalan tersebut hingga panjang keseluruhan lorong tersebut mencecah 34 batu. Perbincangan mengenai "Hill Station" ini masih berterusan sebagaimana yang diminitkan oleh Pesuruhjaya Tinggi,seperti berikut
    "..... sebelum sebarang tanah diberikan di Highlands, Pengarah Kerja Raya hendaklah memilih tanah rizab Kerajaan, mencukupi untuk kegunaan-kegunaan akan datang ."
     Kerja-kerja mengukur telah dijalankan pada tahun 1904 dan hasilnya ialah satu kesimpulan dibuat mengatakan Lubuk Tamang, sekarang adalah tasik sebagai kawasan tanah dataran yang dimaksudkan. Walaubagaimanapun, ketinggian kawasan ini ialah 3,000 kaki dan jelaslah yang ia bukanlah tanah dataran yang dimaksudkan oleh William Cameron dan tiada tindakan-tindakan selanjutnya terhadap perkara ini.  Hanya pada tahun 1920 barulah berlaku perkembangan terbaru apabila  Pengarah Muzium Negeri Pahang telah mengetuai satu ekspedisi dan telah membuat laporan mengenai geologi, pertanian dan kesihatan di kawasan ini. Sebuah peta lakar buat kali pertamanya telah dilukis oleh Jurutera Negeri dan berdasarkan kepada pengamatannya, Cameron Highlands asal terletak di kawasan Tanah Rata dan Brinchang yang ada sekarang ini. Seterusnya pada tahun 1925, Sir George Maxwell telah membuat lawatan dan ketetapan untuk membangunkan kawasan ini sebagai sebuah "Hill Station". Sebuah Jawatankuasa Pembangunan telah dibentuk dan telah memulakan persidangannya pada 18 Mei 1926. Jawatankuasa ini berfungsi sehingga bulan November 1931. Dalam tempoh masa ini jalanraya telah dibina dan pembahagian zon telah dibuat di daerah ini sebagai kawasan rizab Jabatan Pertanian, kawasan bandar, tempat kediaman, pusat perkhidmatan, Taman Negara, kawasan pentadbiran dan juga tempat rekreasi. Syarat-syarat pemberian tanah juga telah dibuat dan syarikat-syarikat telah membuat permohonan tanah. Jawatankuasa Pembangunan Cameron Highlands telah menamatkan tugasnya pada akhir tahun 1931 dan bermula dari tarikh tersebut daerah ini telah ditadbirkan sebagaimana yang dilakukan seperti daerah-daerah lain di Negeri Pahang. Malahan, mulai 1 Julai 1931, seorang Penolong Pegawai Daerah Inggeris telah ditempatkan di sini di bawah pengawasan Pegawai Daerah Lipis. Dengan itu, bolehlah dikatakan bahawa daerah Cameron Highlands telah diwujudkan pada 01 Julai 1931 dengan keluasan 71,218,000 meter persegi bersamaan 71,218 hektar [175,973 ekar].
    Pada 14 Ogos 1931, sebuah kawasan di Mukim Tanah Rata telah diisytiharkan sebagai Kawasan Lembaga Kesihatan. Dalam tempoh masa yang sama sebuah kawasan di Ringlet telah turut diisytiharkan tertakluk kepada seksyen-seksyen yang berkaitan dalam Enakmen Lembaga Kesihatan. Lembaga Kesihatan ini terdiri daripada lima orang ahli rasmi dan empat orang ahli tidak rasmi yang dilantik untuk mentadbirkan kawasan-kawasan tersebut yang berkuatkuasa sejak diisytiharkan sebagai Kawasan-Kawasan Lembaga Kesihatan.   Kerajaan telah membina jalan-jalan batu sejauh 18.63 batu, 13.79 batu jalan yang tidak berbatu dan 90.13 batu  lorong di Cameron Highlands. Satu geran yang dianggarkan berjumlah 5,000 ekar tanah telah diberikan kepada Kompeni Boh di lembah Sungai Boh pada tahun 1929. Stesen-Stesen Percubaan Kerajaan telah dibuka oleh Jabatan Pertanian, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada awal tahun 1926. Sebuah kilang teh yang kecil telah dibina pada tahun 1931. Purata suhu yang direkodkan di Cameron Highlands ialah 70 F dan purata suhu minima ialah 56 F. Purata suhu bulanan di peringkat maksima dan minima hanya berbeza lebih kurang 4 F tetapi suhu maksima yang paling tinggi direkodkan ialah dalam bulan Mei dan suhu minima yang paling rendah ialah dalan bulan Januari dan Februari. Suhu paling rendah yang direkodkan ialah 42 F. Peperangan Dunia Kedua dan disusuli pula dengan penaklukan Jepun serta perisytiharan darurat telah membantutkan proses pembangunan di Cameron Highlands.  Namun demikian setelah darurat tamat, "Hill Station" telah membangun semula dan menjadi tempat pelancongan yang kian popular bukan sahaja bagi penduduk-penduduk tempatan bahkan kepada pelancong-pelancong luar negeri.