Tempat makan best di Cameron Highlands
Bagi yang mencari hidangan makan yang sedap ,murah dan berpatutan harganya silalah ke restoran atau kedai makan Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam.Bukan tomyam yang ader kat sini makanan western food pon ada kat sini! Eat!eat!
Jadi bagi sesape yang inginkan makan malam yang panas dan menyelerakan, pastikan anda ke Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam, Brinchang, Cameron Highland.
Lokasi: Belakang Hotel Green Garden, Brinchang
Sebenarnya terdapat juga kedai-kedai dan gerai-gerai makan lain di Cameron HIghland macam kt Ringlet dan Tanah Rata tetapi yang satu ni aku rasakan agak ‘happening’ sikit berbanding dengan lain-lain gerai.
Tapi kalau anda nak cari yang first class restaurant memang tempatnya kat hotel lah macam kat hotel Ye Old Smoke House, Cameron Highlands Resort, Heritage Hotel dan macam-macam lagi.
Yang best: makan kat sini memang best sebab makanan yang panas dimakan dalam suasana malam yang dingin. Kalau minum air panas memang berasap mulut dibuatnya. Bukannya berasap sebab terlalu panas tapi sebab air panas yang jadi wap tu berlawan dengan udara yang dingin kat Cameron ni.
Tips cari makan : Malam tu aku pusing-pusing sekitar Brinchang dengan Tanah Rata jalan-jalan cari makan gitu, tapi kebanyakan kedai dan gerai makan dah mula siap-siap nak tutup jam 8 lebih kat sini. Alhamdulillah terjumpa denga kedai Pak Nik ni yang buka sampai larut malam. Jadi sesiapa yang keluar lambat gerai-gerai dah tutup , datanglah ke sini gerai Pak Nik!
No comments:
Post a Comment