AKTIVITI MENARIK DI CAMERON HIGHLAND
Aktiviti Best Jelajah Cameron Highlands
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dalam entri yang lepas aku ada bercerita tentang
percutian menarik di Cameron Highlands.
Memang sangat best dan menarik sampai sekarang aku rasa nak pergi lagi
ke Strawberry Park Resort di Cameron Highlands tu. Asyik terbayang
keindahan panorama kat situ dan juga makanan-makanan sedap dan lazat
yang disediakan. Tapi aku tak nak cerita tentang makanan sedap di
Strawberry Park Resort sebab perut aku pun tengah kenyang lagi, takut muak pulak tengok gambar makanan.
Kali ni aku nak berkongsi pengalaman menarik dengan korang tentang
aktiviti best yang aku dan beberapa orang rakan dari Team
Denaihati
buat semasa bercuti di Cameron Highlands. Terima kasih kepada
Strawberry Park Resort dan uncle van persiaran kerana bawa kami
jalan-jalan dan pusing-pusing sekitar Tanah Tinggi Cameron.
Melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas
Sejak daripada kecik lagi sebenarnya aku teringin sangat pergi
Cameron Highlands tengok ladang teh kat situ. Biasa tengok dalam TV je.
Untunglah dapat join Team Denaihati pergi jalan-jalan di Cameron
Highlands, akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki di Ladang Teh BOH.
Pemandangan ladang teh seluas 8,000 ekar ni memang cantik!
Di
Ladang Teh BOH atau
BOH Tea Plantation ni
korang perlu menaiki kenderaan ringan menyusuri jalannya yang kecil,
sempit dan penuh dengan selekoh. Ada beberapa selekoh yang bahaya sikit
sebab terlindung dengan bukit. Bila tiba di selekoh tu perlulah
membunyikan hon lebih kurang sebanyak 2 kali sebagai isyarat supaya tak
bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Kilang Memproses Teh (BOH Tea Plantation Centre)
Di
kilang memproses teh BOH ni kita boleh tengok
bagaimana mesin dan pekerja-pekerja
nya memproses teh BOH yang kita
selalu minum tu. Ada beberapa peringkat dan bahagian yang perlu
dilakukan dalam memproses teh BOH ni sebelum boleh dibungkus dan dijual
kepada orang ramai. Mesin yang digunakan pun nampak canggih. Masuk
melawat kilang teh BOH ni adalah PERCUMA.
Lebah Raksasa di Honey Bee Farm, Cameron Highlands
Haa.. Kan aku dah cakap ada lebah raksasa di Honey Bee Farm ni. Besar
kan? Hehe.. Honey Bee Farm ni merupakan tempat ternakan lebah. Masa kami
datang situ lebah-lebah semua tak banyak yang keluar. Tidur dalam kotak
tu kot. Di Honey Bee Farm juga terdapat kedai yang
menjual produk-produk madu lebah asli. Ada banyak produk-produk
berasaskan madu lebah dijual di sini. Boleh pilih dan beli produk mana
yang berkenan. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai dan juga
kad kredit.
Butterfly Garden di Cameron Highlands
Lepas dah pergi tengok lebah di Honey Bee Farm, kami dibawa pula ke
Butterfly Garden atau
Taman Rama-Rama. Aku suka rama-rama! Nak masuk dalam tengok rama-rama dikenakan bayaran sebanyak
RM5 untuk orang dewasa dan
RM2 untuk kanak-kanak.
Strawberry Sedap di Raju’s Hill Strawberry Farm
Sedapnya buah strawberry di
Raju’s Hill Strawberry Farm.
Pada mulanya kami nak beli bawa balik ke bilik di Strawberry Park
Resort sebelum bawa pulang ke Bangi. Tapi atas saranan Raju sendiri,
kami beli pada keesokan harinya sebelum balik ke Bangi supaya buah
strawberry tu fresh lagi bila sampai Bangi.
No comments:
Post a Comment