KEISTIMEWAAN CAMERON HIGHLAND
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh,
buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan
ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang
sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja
contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan
lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana
harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja
dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
No comments:
Post a Comment