Tempat makan best di Cameron Highlands
Bagi yang mencari hidangan makan yang sedap ,murah dan berpatutan
harganya silalah ke restoran atau kedai makan Pak Nik Ikan Bakar dan
Tomyam.
Bukan tomyam yang ader kat sini makanan western food pon ada kat sini! Eat!eat!
Jadi bagi sesape yang inginkan makan malam yang panas dan
menyelerakan, pastikan anda ke Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam, Brinchang,
Cameron Highland.
Lokasi: Belakang Hotel Green Garden, Brinchang
Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam Brinchang Cameron Highland
Sebenarnya
terdapat juga kedai-kedai dan gerai-gerai makan lain di Cameron
HIghland macam kt Ringlet dan Tanah Rata tetapi yang satu ni aku rasakan
agak ‘happening’ sikit berbanding dengan lain-lain gerai.
Tapi kalau anda nak cari yang first class restaurant memang tempatnya
kat hotel lah macam kat hotel Ye Old Smoke House, Cameron Highlands
Resort, Heritage Hotel dan macam-macam lagi.
Yang best: makan kat sini memang best sebab makanan
yang panas dimakan dalam suasana malam yang dingin. Kalau minum air
panas memang berasap mulut dibuatnya. Bukannya berasap sebab terlalu
panas tapi sebab air panas yang jadi wap tu berlawan dengan udara yang
dingin kat Cameron ni.
Tips cari makan : Malam tu aku pusing-pusing sekitar
Brinchang dengan Tanah Rata jalan-jalan cari makan gitu, tapi
kebanyakan kedai dan gerai makan dah mula siap-siap nak tutup jam 8
lebih kat sini. Alhamdulillah terjumpa denga kedai Pak Nik ni yang buka
sampai larut malam. Jadi sesiapa yang keluar lambat gerai-gerai dah
tutup , datanglah ke sini gerai Pak Nik!
2.Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highland
Disini terdapat pelbagai jenis masakan anda boleh cuba. Semuanya bergantung pada selera anda.
Naimah Restoran 1 Malaysia
Tempat ini dikatakan menjadi pilihan ramai untuk sarapan.Banyak anda boleh cuba disini. Servispun dikatakan cepat.
3.Al Raudhah Arabian Food
Jika anda mencari nasi arab di Tanah Tinggi ini, Al Raudhah Arabian
Food mungkin sesuai dengan selera anda. Restoran ini terkenal dengan
masakan masakan Kabsahnya. Boleh dikatakan tempat makanan untuk masakan
arab yang sedap di Cameron Highland.
Alamat restoran ini adalah Lot 11A, Ground Floor (Marigold Square),
Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia.